skip to main | skip to sidebar
website hit counter
website hit counters

About me

My Photo
siti aishah
Denai KehidupanKu membawa anda semua para pembaca menyelusuri lumrah bait-bait kehidupanku sebagai hambaNYA..
View my complete profile

Blog Archive

  • December 2009 (2)
  • November 2009 (4)
  • October 2009 (3)

My Family

  • Afiq
  • Bahiyah
  • Kak Shu
  • Keluarga Albi Bin Sufi
  • Mak Uteh

My Friends

  • Emran Reza
  • Kak Emy Cupcakes
  • Paez
  • Sapnar
  • Sepot
  • Zaza

My Favourites

  • Chegubard
  • Farin Cupcakes
  • Loveliana Cakes
  • Musafir Melayu
  • Orked Saiful

Do Talking Here


ShoutMix chat widget

Denai KehidupanKu

Friday, December 18, 2009

1 Muharam 1431 Hijrah

Selamat Menyambut Awal Muharam buat semua kaum muslimin & muslimat..berlabuhnya tirai 1430H & datangnya 1431H adalah satu kepastian! setiap yg bermula pasti berakhir..saat bertukar minit..minit bertukar jam..jam bertukar hari..hari bertukar bulan..bulan bertukar tahun..lumrah kehidupan yg harus ditempuhi oleh setiap anak adam & hawa..

Bagi aku, 1430H mencoret pelbagai kisah perjalanan hidupku..gembira, sedih, tawa, tangis, marah, pengorbanan & kasih sayang..ia ibarat cili, asam, garam & bawang dlm masakan..tanpa bahan2 ini pasti masakan tiada rasa & nikmatnya..maka segala rasa ini yg membawa diriku berani utk melangkah kehadapan mengharungi ranjau kehidupan yg sememangnya tersangat mencabar!

Kadang-kadang, aku tertanya-tanya pd diri sendiri..siapa aku sebagai seorang hambaNYA? siapa aku sebagai seorang anak? siapa aku sebagai seorang sahabat? siapa aku sebagai seorang pelajar? siapa aku di muka bumi ini? kesemua watak ini terpikul di bahuku bagi menyahut seruan Illahi dlm menjadi khalifah yg sebenar, tapi..mampukah aku?!


1. Siapa aku sebagai hambaNYA?
  • Aku cuba menjadi hamba yg taat pd perintahNYA..dlm erti kata lain, aku berusaha utk menguatkan Iman di hati ini dlm mencari hidayah yg hakiki..sesungguhnya berkata-kata adalah mudah tapi perlaksanaannya?!

  • Aku akui diri ini adalah hambaMU yg lemah imannya..rapuh pegangannya..aku masih mencari kekuatan bg menguatkan Iman & terus mencari sinar Nur dlm kegelapan..

  • Mampukah aku mencapai keinginan ini Ya Allah?! Kau berikanlah petunjuk & Nur supaya hambaMU yg hina lagi lemah ini tidak terus hanyut dlm keasyikan duniawi.

2. Siapa aku sebagai anak?

  • Tiada yg lebih indah & bahagia dari melihat senyuman kedua orang tua kita..senyuman mak & ayah adalah kebahagiaan diri ini..kadang-kadang kita melihat mereka melahirkan senyuman tapi adakah hati mereka turut tersenyum?! Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan utk membuat mereka tersenyum..begitu juga dgn hati mereka sementara mak & ayahku masih di dunia ini!
  • Setiap insan punyai impian & harapan dlm kehidupan..begitu juga dgn diriku..sebagai anak, aku hanya punyai satu impian yg mana impian ini mengatasi segala impian yg aku impikan..tapi adakah aku mampu melunaskan impian ini sebelum mak & ayahku menutup mata mereka buat selamanya?! kadang-kala impian ini aku rasakan satu bebanan yg tersangat berat, mampukah aku?! andai aku tidak mampu lunaskan dgn perbuatan, aku cuba dgn kata-kata..andai itu juga aku tidak mampu, hanya berdoa shja yg dpt aku panjatkan Ya Allah!!!

3. Siapa aku sebagai sahabat?

  • Kita hidup di dunia ini bukan berseorangan..kita memerlukan insan yg digelar sahabat @ teman @ kawan-kawan selain drpd keluarga..sesungguhnya kita harus bijak dlm mencari kawan-kawan..bak kata pepatah melayu "rambut sama hitam tapi hati lain-lain" yg mana kita anggap mereka kawan tapi mereka anggap kita lawan..sukar utk kita tafsirkan hati seseorang namun itulah warna-warni dunia persahabatan..
  • Aku cuba utk menjadi sahabat yg sejati..sahabat sejati cukup sukar dicari dlm dunia ini, mungkin ia satu dlm seribu..sahabat sejati yg selalu mendekatkan kita pd Allah S.W.T, kehadirannya dpt menyejukkan hati yg panas, pandangannya yg bernas, budi pekertinya mencerminkan muslim @ muslimah sejati & yg paling penting akhlaknya seperti akhlak sahabat-sahabat Nabi S.A.W..mampukah aku menjadi seperti ini?! Ya Allah kurniakan aku ciri-ciri ini dlm menjadi & mencari sahabat sejatiMU..[bersyukur kerana aku telah dikurniakan seorang sahabat sejati dunia akhirat..ameen]

4. Siapa aku sebagai pelajar?

  • Menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad @ mencari ilmu biarlah sampai ke negeri china..perumpamaan spt ini menggambarkan betapa pentingnya ilmu dlm diri setiap manusia..miskin macam mana pun hidup kita tapi kaya ilmu di dada ia cukup bernilai berbanding kaya macam mana pun hidup kita tapi miskin ilmu di dada ia langsung tiada nilai..tepuk dada tanyalah Iman!
  • Aku masih mencari & akan terus mencari ilmu buat diri ini..bukan hanya ilmu akademik dlm menentukan pencarian kerja..tapi ilmu yg merangkumi segalanya..ilmu duniawi yg perlu dlm membawa diri & ilmu hakiki yg perlu dlm menerangi hidup supaya tidak hanyut di buai mimpi mainan syaitan! Ya Allah, berikan aku kekuatan dlm mencari ilmu-ilmu ini serta berikanlah keberkatanMU!

5. Siapa aku di muka bumi ini?

  • Aku hanya manusia biasa yg sentiasa menerima dugaan & godaan syaitan.. setiap hari tidak pernah lari dari membuat dosa..begitu lemah Iman ini Ya Allah, mampukah aku berdepan dgn Kau Ya Allah di padang mahsyar nanti?! sudah cukupkah amalanku? sudah cukupkah ibadatku? sudah cukupkah pahalaku? andai esok Kau mencabut nyawaku, tidak terbayang apakah nasibku di hari akhirat kelak..
  • Ya Allah..berikan hambaMU ini kesempatan nafas yg ada utk menghayati & mendalami erti Iman yg sebenar..menjadi umatMU yg zuhud?! mampukah aku? hati ini meronta-ronta menginginkan bermacam-macam benda..mampukah aku melawan nafsu keinginan itu semua?
  • Sesungguhnya aku adalah hambaMU yg hina..lemah segalanya..aku hanya mampu berdoa supaya Kau jaga Hatiku..Imanku..Diriku..dalam mengharungi denai kehidupanku yg penuh godaan syaitan laknattullah!!!

Cukup panjang penulisan kali ini..awal muharam yg penuh berkat ini, aku harapkan sinar akan menerangi sepanjang tahun 1431 Hijrah! Semoga diriku mampu menunaikan segala impian & azam yg di harapkan seperti di atas ini..InsyaAllah..ameen! Wallahhu'alambissawab!

Posted by siti aishah at 3:16:00 PM 0 comments

Wednesday, December 9, 2009

..speechless..

Its HARD to keep it..but HAVE to keep it..and WOMAN feelings always been LOCKED deep in heart..while NOBODY will know it..!!!


Ouh, why its happening??? can't think..can't smile..can't talk..BUT its still happen..arghhh, feel like my head to BLOW UP~!!! Damn it~!!!


*please i HAVE to STOP all of this!
Posted by siti aishah at 4:26:00 PM 0 comments

Saturday, November 21, 2009

Barakah Ramadhan 1430 Hijrah

Syukur ke hadrat Ilahi, bulan Ramadhan yang lalu ahli keluarga kami bertambah lagi seorang...Tanggal 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadhan 1430H lahirnya bayi lelaki seberat 3.2 kg pada jam 9:44 malam pada hari khamis..Alhamdulillah bayi yg cukup sihat dan sempurna sifatnya diberi nama Muhammad Aliff Fahmi!


Tahniah buat abang & kakak iparku atas kelahiran ini..bagi mak & ayahku tersangatlah gembira menyambut cucu pertama ini dan secara rasminya mereka bergelar datuk & nenek..[hehehe] aku sememangnya amat gembira kerana pertama kali menjadi auntie @ busu..kini aku boleh bangga sebab sudah ada anak buah...ouh, sangat excited sebenarnya..[hahaha]


Baby fahmi cukuplah comel & sangat tembam pipinya..mak kata sebiji ikut abang aku masa kecik2 dulu..cuma abang aku terlebih tembam sikit dari baby fahmi..[hahaha] hari ini 20 November 2009, baby fahmi telah pun berusia 2 bulan 24 hari...cukup pantas masa berlalukan..tak lama lagi boleh la aku bawak baby fahmi jalan2..suka sangaaaat, busu dia yg over excited pulak..ngeee :D


Okay, pada baby fahmi membesarlah kamu dengan sihat..sesungguhnya, saat ini dialah buah hati pengarang jantungku...busu siti sangatttt ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ sama kamu tahu..~!!! ini dia gambar2 baby fahmi ketika usianya baru sehari...[gambar2 terkini akan di upload di post yg akan datang pulak yer]




*Kenapa baru sekarang post entry ini? Ouh,sebabkan aku baru jer berjinak-jinak dlm dunia blogger ini...[hehehe]

Posted by siti aishah at 12:44:00 AM 0 comments

Friday, November 20, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada sesorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah KEKUATANKU untuk menyintaiMu...


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta NAFSU...


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padaNya
agar tidak BERPALING daripada hatiMu...


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
SYAHID di jalanMu...


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
BERMUNAJAT di sepertiga malam terakhirMu...


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih & terjatuh dalam
perjalanan panjang MENYERU manusia kepadaMu...


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki & rindu abadi
hanya kepadaMu...AMEEN!


*Doaku..moga kita sama-sama berjaya di dunia & akhirat...berjaya dalam mengharungi segala dugaan & cabaran...yang sememangnya menguji kekuatan IMAN..kerana tapak IMAN itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...Wallahu'alambissawab!

Posted by siti aishah at 3:29:00 PM 0 comments

Sunday, November 15, 2009

Selamat Ulangtahun ke-58 Bonda

Tanggal 15 November 1951 lahirnya seorang insan yg diberi nama Zainab Bt Bakar...anak sulung dari 10 org adik-beradik ini adalah insan yg paling berharga dalam hidupku..tiada galang gantinya! hadirnya sbg mak,ibu,ummi,mama,mummy atau apa shja panggilan utknya..dialah permata hatiku!

Pengorbanannya utk keluarga tercinta tak pernah padam..sehingga saat ini beliau masih gagah berjuang utk anak-anak & suami tercinta..begitu byk pahit manis yg ditempuh sehingga beliau cekal & tabah mengharungi liku-liku kehidupan..anak-anak pengubat lara setelah penat bekerja & suami tempat berlindung kasih..

Setengah abad sudah usianya, namun beliau masih mengharungi kehidupan ini..menguruskan rumah tangga sehabis sempurna yg mampu..bukan sahaja menjadi isteri tp beliau juga menjadi ibu yg cukup penyayang & pemurah kpd anak-anaknya..bagi diriku, beliau bkn sekadar insan yg melahirkan aku tapi juga seorang wanita,kawan,teman,sahabat yg teramat memahami diriku..

Andai diberi pena utk aku nukilkan penghargaan padamu ibu, tidakkan cukup dakwatnya utk aku coretkan, kasihmu ibarat seteguk air di gurun sahara yg tak pernah kan cukup utk menghilangkan dahaga kerana kasihmu melimpah dalam diri ini sepanjang hayatku..

Aku doakan dirimu dilimpahi rahmat Ilahi sepanjang hayatmu, sihat utk menunaikan ibadahmu, & semoga kamu kuat utk mengharungi kehidupan ini serta dapat melihat hari di mana anak bongsumu ini meraih kejayaan & juga merestui hari bahagiaku nanti..InsyaAllah, ameen :)


Selamat Hari Lahir ke-58 MAK!!!



Sesungguhnya insan ini tercipta utk menjadi nafas cahaya hidupku!

Posted by siti aishah at 6:35:00 PM 0 comments

peperangan berakhir

Kemaafan dipinta hampir 3 minggu lebih aku tak berkesempatan utk update Denai KehidupanKu ini...huhu! kenapa tajuk post aku begitu? Ouh, itu kerana aku berjuang di medan peperangan bersama otakku,buku2 & pena...


Tapi sepanjang 3 minggu ini, bermacam2 cabaran yg aku tempuh...5 paper kesemuanya sem 4 ini & semuanya 4 jam credit hour..bkn agak lg mmg cukup berat! study last minit itu perkara biasa la pd aku..hehe..dr sekolah smp la ke degree nie, pasti ade istilah 'study last minit'...~


Dalam byk2 exam, exam kali nie mencatat sejarah yg tak akan aku lupakan smp la ke akhir hayatku...hehe! kenapa aku ckp macam tu?! nak di jadikan cerita, exam aku start 28hb Oct yg lalu..paper kedua 5hb Nov iaitu bersamaan hari khamis! Tapi yg aku dgn sgt yakin tanpa tgk calendar sangkanya 5hb tu hari jumaat!


Sudahnya, dipendekkan cerita...aku hanya tersedar when someone calling me but i can't answer then it been a missed call..then,aku tgk la siapa yg call pehtu baru terperasan date kat hp...aku tertiba terkesima..terkedu..its 5th Nov and its my second paper on that day!!! lagi 3 jam paper mula baru aku sedar..Ya Allah!!! ape yg aku buat nih!! its a FINAL EXAM okay not test or quiz or what so ever...rasa syukur tak terhingga bcoz aku tersedar awal & yg penting lucky that paper start at 2:15pm not 9:00am!!! aku pun tak tahu nak kata apa..mak ayah mengucap panjang..dan kawan2 cool down kan aku...Ya Allah,sangat gila apa yg aku buat nih!! mungkin juga sebab aku duduk dgn keluarga bukan dgn kawan2 sebab tu aku rasa releks jer...


Hahaha!! itu la antara ole-ole exam utk sem 4 nih!!! sumpah aku tak akan buat lagi!!! sangat2 fobia dgn tarikh dan hari mulai dari saat itu...dugaan lain? yer, seterusnya paper ke-3 Channel Management..Ya Allah, aku rasa seperti tak belajar apa2 masa jawab paper tuh..sangat..super..duper..superb SUSAH~!!! dan bila ditanya semua orang, diakui soalan Channel sem ini TERAMAT susah...! aku hanya mampu berdoa & tawakkal saje utk resultnya!!!


Paper ke-4 dan ke-5 boleh tahan...kira aku boleh menjawabnya compare dgn paper Channel tuh...jadi pd saat ini, peperangan telah berakhir dgn paper terakhirku tengahari td yg bley dikatakan 95% aku dpt menjawabnya..syukur alhamdulillah :)


Sem 4 ini juga byk menguji daya ketahanan mental & fizikal aku!!! cukup byk dugaannya... assignment, test, quiz, project paper, report...Ouhh,ianya cukup memeritkan tapi sungguh bermakna...memeritkan bila ia melibatkan salah faham dlm kumpulan...bukan sikit salah fahamnya..biarlah hanya aku dan 'mereka' mengetahuinya...bermakna sebab ia byk memberi aku pengalaman, ilmu, kemanisan dlm persahabtan yg tak mungkin aku jumpa zaman pekerjaan nanti...


Semua itu lumrah kehidupan dlm dunia bergelar mahasiswa & mahasiswi yg wajib ditempuh & diharungi...jadi diri kita yg punyai akal fikiran seharusnya meletakkan diri di landasan yg betul supaya kita tak hanyut, sesat & karam di lautan yg penuh gelora cabarannya!!! InsyaAllah, ameen :)



* Ya Allah, aku hanya mampu utk berdoa saat ini supaya semua keputusanku lulus hendaknya...ku pohon semuanya LULUS, itu saje ku pinta Ya Allah!!!

Posted by siti aishah at 5:36:00 PM 0 comments

Friday, October 30, 2009

Aku Pelajar Itu

Perjalanan sebagai seorang pelajar, penuh dgn warna warni.. Suka, duka, tawa, riang, manis, masam,segalanya pasti diharungi bg setiap insan yg bergelar pelajar.. Mereka ini membawa impian & harapan yg tinggi menggunung utk dilunaskan buat tatapan ayahanda & bonda tercinta.. Tiada yg lebih indah drpd senyuman dua insan tercinta ini melihat anaknya berjaya..

Namun, ranjau kehidupan sbg pelajar penuh dgn cabaran & dugaannya.. Bg mereka yg alpa tujuan sebenar pasti kelam & kabur.. Di depan mereka hnya keseronakan yg menguasai diri.. Tp bila tersadar, mereka telah jauh hanyut meninggalkan impian & harapan sbg seorang pelajar..


Bg mereka yg kuat iman, mental & fizikal akan terus berjuang menggapai cita-cita itu.. Di dunia ilmu ini sungguh indah jika kita menghayati dgn mata hati & akal fikiran.. Di sini, kita akan berkongsi pengalaman, mengajar diri dlm erti persahabatan, menghormati & di sini juga sbg platform utk persediaan kita di alam kerjaya yg pasti lebih mencabar ..

Aku menjadi pelajar seawal usia ku 6 tahun dimana aku mengenal huruf A,B,C.. Mengira 1,2,3 dan mengaji.. Jika di imbau kembali zaman itu, pasti aku tertawa seorang diri.. Pelbagai ragam & kerenah yg terpaksa mak & ayah aku harung utk memberi aku ilmu.. Ada juga aku bertanya pd mak tentang ragamku.. Mak kata "ko dulu masa tadika teresak2 menangis x mau pergi..smp kena pukul jugak la dgn mak.." Mak sambung lg.. "time skolah rendah dulu, cikgu talipon ayah suh amik ko sbb ko duduk kt luar kelas nanges2 x nk blajar..dah tuh pagi2 punya la azab nk kejut bngun pagi..smp ayah ko dah tggi suara br ko nk pi mandi.." [hahaha] Geli hati aku mendengarkn ragam diri sendiri masa kecil2 dulu..


Tetapi aku bersyukur kerana aku di beri peluang utk menimba ilmu..sehingga kini aku masih & tidak pernah jemu utk belajar.. Jika di bandingkan aku dgn orang lain yg mungkin nasib mereka tidak sebaikku, kecil2 lg terpaksa keluar mencari rezeki bg sesuap nasi.. Cukup beruntung nasib perjalananku ini.. Walaupun keluargaku tidak kaya & hidup mewah seperti sesetengah orang, tapi aku sangat bersyukur Ya Allah!!

Saat ini, apa yg tersemat di hati hanyalah utk melihat senyuman mak & ayahku.. Senyuman mereka berdua adalah senyumanku.. Dan senyumanku haruslah aku titipkan dengan segunung impian & harapan dalam menjadi pelajar yg berjaya.. Berjaya itu bukan hanya di dunia, ia juga utk akhirat yg kekal abadi.. InsyaAllah :)
Posted by siti aishah at 3:09:00 PM 0 comments
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates